Borang Pendaftaran Pakej Umrah Platinum
Kerjasama pihak tuan/puan untuk melengkapkan semua maklumat yang diperlukan dengan tepat amat dihargai bagi memastikan proses pendaftaran dan pengurusan perjalanan berjalan dengan lancar.
Ringkasan Pakej
Nikmati pengalaman umrah yang lebih eksklusif, tersusun dan selesa melalui Pakej Umrah Platinum, yang direka khas untuk jemaah yang mengutamakan tahap keselesaan tertinggi, lokasi yang amat strategik serta perkhidmatan bertaraf premium. Pakej ini merupakan pakej 9 Hari 7 Malam yang menawarkan penginapan hotel pilihan eksklusif dan perkhidmatan yang lebih menyeluruh bagi memastikan pengalaman ibadah yang tenang dan bermakna.
Sepanjang berada di Makkah, jemaah akan menginap selama 4 malam di hotel bertaraf 5 bintang premium yang terletak berhampiran dataran masjid, hanya beberapa langkah dari Masjidil Haram, memberikan akses yang sangat mudah dan optimum untuk menunaikan ibadah. Manakala di Madinah, jemaah akan menginap selama 3 malam di hotel bertaraf 5 bintang dengan jarak yang hampir dengan Masjid Nabawi, bagi memastikan keselesaan maksimum sepanjang tempoh ziarah. Pakej ini memperoleh 2 kali jumaat.
Pakej ini turut menggunakan perkhidmatan keretapi berkelajuan tinggi (business class) dan penerbangan oleh Malaysia Airlines atau syarikat penerbangan setaraf bagi menjamin perjalanan yang selesa, selamat dan berkualiti tinggi.
Sajian Makanan
Hotel Madinah: Sajian Full Board
Hotel Makkah : Sajian Full Board
Bayaran Deposit Tempahan
Bayaran deposit tempahan adalah sebanyak RM1,000 seorang diperlukan bagi tujuan pengesahan penyertaan.
Maklumat lanjut mengenai Pakej ini, sila layari :