Borang Pendaftaran Pakej Umrah Mawaddah Lite 9H7M

Borang Pendaftaran Pakej Umrah Mawaddah Lite


Kerjasama pihak tuan/puan untuk melengkapkan semua maklumat yang diperlukan dengan tepat amat dihargai bagi memastikan proses pendaftaran dan pengurusan perjalanan berjalan dengan lancar.


Ringkasan Pakej

Penginapan Premium Berhampiran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi

Pakej Umrah Mawaddah merupakan pakej perjalanan selama 9 Hari 7 Malam yang menawarkan pengalaman ibadah Umrah dengan penginapan selesa dan lokasi strategik, sesuai bagi jemaah yang mengutamakan kemudahan akses ke masjid serta tumpuan sepenuhnya kepada ibadah.

Di Makkah, jemaah akan menginap selama 4 malam di hotel bertaraf 5 bintang dalam Kompleks Makkah Tower, yang terletak kira-kira 50 meter dari Masjidil Haram. Kedudukan hotel yang strategik ini memudahkan jemaah untuk berulang-alik ke masjid bagi menunaikan solat berjemaah dan melaksanakan ibadah dengan lebih selesa.

Di Madinah, jemaah akan menginap selama 3 malam di hotel bertaraf 3 bintang, yang terletak kira-kira 100 meter dari Masjid Nabawi. Lokasi yang berhampiran ini memberikan kemudahan kepada jemaah untuk menunaikan solat berjemaah, memperbanyakkan ibadah serta menyertai aktiviti ziarah sepanjang berada di Kota Suci Madinah.

Bagi melengkapkan perjalanan ke Tanah Suci, pakej ini menawarkan perkhidmatan penerbangan terus menggunakan Malaysia Airlines, Saudi Airlines atau syarikat penerbangan setaraf, tertakluk pada pengaturan dan ketersediaan penerbangan.

Pakej Umrah Mawaddah 9 Hari 7 Malam merupakan pilihan ideal bagi jemaah yang menginginkan perjalanan Umrah yang selesa, penginapan berhampiran masjid dan kemudahan perjalanan yang teratur untuk pengalaman ibadah yang lebih bermakna.

Sajian Makanan

Hotel Madinah: Sajian Full Board

Hotel Makkah: Tidak Tersedia


Bayaran Deposit Tempahan

Bayaran deposit tempahan adalah sebanyak RM1,000 seorang diperlukan bagi tujuan pengesahan penyertaan. Maklumat lanjut mengenai Pakej ini, sila layari : https://umrah.mkm.my/pakej-umrah/pakej-mawaddah/pakej-mawaddah-lite


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Deposit Tempahan Pakej Mawaddah Lite 11/12-18/12 2026
32
Deposit Tempahan Pakej Mawaddah Lite 22/12-29/12 2026
12
Deposit Tempahan Pakej Syawal Mawaddah Lite 19/03-26/03 2027
40
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Sila nyatakan pilihan jenis bilik. Pihak kami akan menghubungi tuan/puan sekiranya bilik pilihan tersebut telah penuh.
Contoh: Bilik Double ( Ahmad Dan Ali) Bilik Quad ( Kamsiah, Siti, Aishah dan Rafeah)
Bagi memastikan kelancaran proses penjanaan E-Invois, setiap pembayaran hendaklah dibuat secara berasingan. Pembayaran secara berkumpulan boleh menjejaskan proses pengeluaran E-Invois.

BUTIRAN PESERTA