Borang Pendaftaran Pakej Umrah Mawaddah
PERHATIAN : Kerjasama pihak tuan/puan untuk melengkapkan semua maklumat yang diperlukan dengan tepat amat dihargai bagi memastikan proses pendaftaran dan pengurusan perjalanan berjalan dengan lancar.
Ringkasan Pakej
Penginapan Premium Berhampiran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi
Pakej Umrah Mawaddah merupakan pakej perjalanan selama 12 Hari 10 Malam yang menawarkan pengalaman ibadah Umrah dengan penginapan strategik, mengutamakan keselesaan jemaah serta kemudahan akses ke dua masjid suci.
Di Makkah, jemaah akan menginap selama 5 malam di hotel bertaraf 5 bintang dalam Kompleks Makkah Tower, yang terletak kira-kira 50 meter dari Masjidil Haram. Lokasi yang strategik ini memudahkan jemaah untuk berulang-alik ke masjid bagi menunaikan solat berjemaah dan melaksanakan ibadah dengan lebih selesa.
Di Madinah, jemaah akan menginap selama 5 malam di hotel bertaraf 3 bintang, yang terletak kira-kira 100 meter dari Masjid Nabawi. Kedudukan hotel yang berhampiran memberikan kemudahan kepada jemaah untuk menunaikan solat berjemaah, memperbanyakkan ibadah serta mengunjungi tempat-tempat bersejarah di sekitar Madinah.
Bagi melengkapkan perjalanan ke Tanah Suci, pakej ini menawarkan perkhidmatan penerbangan terus menggunakan Malaysia Airlines, Saudi Airlines atau syarikat penerbangan setaraf, tertakluk pada pengaturan dan ketersediaan penerbangan.
Pakej Umrah Mawaddah merupakan pilihan sesuai bagi jemaah yang mengutamakan keselesaan penginapan, lokasi strategik dan kemudahan perjalanan sepanjang menunaikan ibadah Umrah.
Sajian Makanan
Hotel Madinah: Sajian Full Board
Hotel Makkah : Tidak Tersedia
Bayaran Deposit Tempahan
Bayaran deposit tempahan adalah sebanyak RM1,000 seorang diperlukan bagi tujuan pengesahan penyertaan. Maklumat lanjut mengenai Pakej ini, sila layari : https://umrah.mkm.my/pakej-umrah/pakej-mawaddah/pakej-mawaddah