Borang Pendaftaran Pakej Umrah Manasik Haji
Kerjasama pihak tuan/puan untuk melengkapkan semua maklumat yang diperlukan dengan tepat amat dihargai bagi memastikan proses pendaftaran dan pengurusan perjalanan berjalan dengan lancar.
Ringkasan Pakej
Pengalaman Umrah yang Lebih Bermakna dengan Bimbingan Simulasi Ibadah Haji
Pakej Umrah Manasik Haji merupakan pakej perjalanan selama 12 Hari 10 Malam yang direka khas untuk jemaah yang ingin menunaikan ibadah umrah sambil mendalami ilmu dan memahami tatacara pelaksanaan ibadah haji secara menyeluruh.
Diperkenalkan sebagai pakej simulasi haji yang pertama di Malaysia, pakej ini memberikan peluang kepada jemaah untuk mempelajari dan menghayati manasik haji melalui pendekatan bimbingan secara teori dan praktikal. Bermula daripada persediaan di tanah air hingga ke Tanah Suci, jemaah akan dibimbing secara berperingkat bagi memahami rukun, wajib dan sunat haji, berserta tatacara pelaksanaannya mengikut situasi sebenar ibadah haji.
Pendekatan ini bertujuan meningkatkan kefahaman, keyakinan dan kesiapsiagaan jemaah dalam melaksanakan ibadah, khususnya bagi mereka yang merancang untuk menunaikan haji pada masa hadapan.
Bagi melengkapkan pengalaman perjalanan, pakej ini menawarkan perkhidmatan penerbangan terus menggunakan Malaysia Airlines, Saudi Airlines atau syarikat penerbangan setaraf, tertakluk pada pengaturan dan ketersediaan penerbangan.
Sajian Makanan
Hotel Madinah: Sajian Full Board
Hotel Mekah: Tidak Tersedia
Hotel Aziziah : Sajian 3x Makan
Hotel Taif : Sajian Sarapan & Makan Malam
Bayaran Deposit Tempahan
Bayaran deposit tempahan adalah sebanyak RM1,000 seorang diperlukan bagi tujuan pengesahan penyertaan. Maklumat lanjut mengenai Pakej ini, sila layari : https://umrah.mkm.my/pakej-umrah/pakej-manasik-haji