Borang Pendaftaran Pakej Umrah Menara Jam Plus
PERHATIAN : Kerjasama pihak tuan/puan untuk melengkapkan semua maklumat yang diperlukan dengan tepat amat dihargai bagi memastikan proses pendaftaran dan pengurusan perjalanan berjalan dengan lancar.
Ringkasan Pakej
Nikmati pengalaman umrah yang lebih tersusun, selesa dan berkualiti melalui Pakej Umrah Menara Jam Plus, yang direka khas untuk jemaah yang mengutamakan keselesaan, lokasi strategik serta nilai terbaik. Pakej ini merupakan pakej 13 Hari 11 Malam yang menawarkan penginapan hotel bertaraf premium dan menjadi pilihan utama dalam kalangan para jemaah.
Sepanjang berada di Makkah, jemaah akan menginap selama 5 malam di hotel bertaraf 5 bintang yang terletak kira-kira 50 meter dari Masjidil Haram. Ia memberikan kemudahan akses yang optimum untuk ibadah. Manakala di Madinah, jemaah akan menginap selama 5 malam di hotel bertaraf 4 bintang dengan jarak lebih kurang 200 meter dari Masjid Nabawi. Jemaah juga akan menginap selama 1 malam di Taif dengan hotel 4 bintang.
Pakej ini turut menggunakan perkhidmatan penerbangan oleh Malaysia Airlines atau setaraf, bagi memastikan perjalanan yang selesa dan terjamin.
Sajian Makanan
Hotel Madinah: Sajian Full Board
Hotel Makkah : Sajian Bed & Breakfast
Hotel Taif : Sajian 2x Makan
Bayaran Deposit Tempahan
Bayaran deposit tempahan adalah sebanyak RM1,000 seorang diperlukan bagi tujuan pengesahan penyertaan.
Maklumat lanjut mengenai Pakej ini, sila layari : https://umrah.mkm.my/pakej-umrah/pakej-menara-jam/pakej-menara-jam-plus