Borang Pendaftaran Pakej Umrah Musim Haji
PERHATIAN : Kerjasama pihak tuan/puan untuk melengkapkan semua maklumat yang diperlukan dengan tepat amat dihargai bagi memastikan proses pendaftaran dan pengurusan perjalanan berjalan dengan lancar.
Ringkasan Pakej
Pakej Umrah Musim Haji merupakan pakej 12 Hari 10 Malam & 11 Hari 9 Malam yang direka khas untuk jemaah yang ingin memanfaatkan sepenuhnya masa lebih lama di Makkah, khususnya pada musim haji yang penuh keberkatan dan kemuliaan. Di Makkah, para jemaah akan menginap selama 7 malam di hotel bertaraf 5 bintang, dengan jarak hanya ±50 meter dari Masjidil Haram.
Tempoh penginapan yang lebih panjang ini memberi peluang kepada jemaah untuk memperbanyakkan ibadah, beriktikaf, bertawaf sunat dan menghidupkan setiap waktu di hadapan Kaabah dengan lebih tenang dan teratur.
Manakala di Madinah, jemaah akan menginap selama 3 malam di hotel bertaraf 4 bintang dengan jarak lebih kurang 150 meter dari Masjid Nabawi. Lokasi yang sesuai untuk ziarah, ibadah dan penghayatan sirah Rasulullah ﷺ dalam suasana yang damai.
Pakej ini turut menawarkan penerbangan terus tanpa transit menggunakan Malaysia Airlines (MAS) bagi memastikan perjalanan yang lancar dan selesa sepanjang musim haji yang sibuk.
Sajian Makanan
Hotel Madinah: Sajian Full Board
Hotel Makkah : Sajian Bed & Breakfast
Bayaran Deposit Tempahan
Bayaran deposit tempahan adalah sebanyak RM1,000 seorang diperlukan bagi tujuan pengesahan penyertaan.
Maklumat lanjut mengenai Pakej ini, sila layari : https://umrah.mkm.my/pakej-umrah/pakej-umrah-musim-haji