Borang Pendaftaran Kursus Intensif Haji 2025

Persiapkan
Diri Anda untuk Menjadi Tetamu Allah dengan Ilmu & Keyakinan
Menyedari
kepentingan persediaan yang menyeluruh sebelum menunaikan ibadah Haji, kami
di MKM Ticketing Travel & Tours menjemput anda untuk
menyertai Kursus Intensif Haji 2025 ( INHAJ 25 ), yang direka khusus untuk
bakal jemaah Haji kami pada tahun ini.
Kursus ini
menawarkan pendekatan komprehensif meliputi aspek teori, praktikal dan persediaan
rohani secara profesional, bagi memastikan para jemaah dapat menunaikan
ibadah dengan penuh keyakinan dan kefahaman.
Kursus ini
akan dijalankan pada:
Tarikh : 17–18 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Ideal Convention Centre (IDCC), Shah
Alam, Selangor
Yuran :
- RM
300.00 ( Tanpa Penginapan Hotel )
- RM
400.00 ( Dengan Penginapan Hotel )
Antara pengisian utama kursus:
- Panduan
lengkap rukun dan wajib Haji berdasarkan manasik yang sahih
- Bimbingan
praktikal (amali) oleh tenaga pengajar berpengalaman
- Perkongsian
logistik dan pengurusan semasa di Tanah Suci
- Sesi
soal jawab interaktif bersama panel bertauliah
- Bahan
rujukan bercetak & digital disediakan
Kelebihan menyertai kursus ini:
- Modul
yang disusun secara sistematik & mudah difahami
- Suasana
pembelajaran kondusif & profesional
- Komitmen
tinggi terhadap kepuasan peserta
- Khidmat
susulan sehingga musim Haji
Usah biarkan detik agung itu berlalu tanpa persiapan yang rapi. Sertai Kursus Intensif Haji INHAJ 25, khas untuk bakal jemaah Haji 1446H/2025 yang ingin melangkah dengan yakin dan tenang.