Borang Pendaftaran Pakej Umrah Best Value November 2026


Borang Pendaftaran Pakej Umrah Best Value November 2026

Kerjasama pihak tuan/puan untuk melengkapkan semua maklumat yang diperlukan dengan tepat amat dihargai bagi memastikan proses pendaftaran dan pengurusan perjalanan berjalan dengan lancar.

Pengalaman Umrah Luar Biasa, Dengan Nilai yang Lebih Bermakna!

Kini, realisasikan impian menjadi tetamu Allah bersama Pakej Umrah Best Value November 2026. Pakej yang menggabungkan penginapan hotel bertaraf 5 bintang, lokasi strategik, perjalanan Haramain Speed Train serta bimbingan mutawwif profesional, pada harga yang sangat kompetitif. Dengan tempoh perjalanan 12 hari 10 malam, jemaah berpeluang menikmati pengalaman ibadah yang lebih selesa dan tersusun di Makkah dan Madinah, di samping mengikuti program ziarah yang telah disediakan.

Jangan Sekadar Menyimpan Niat....

Mungkin sudah lama kita menyimpan impian untuk menjadi tetamu Allah. Mungkin sudah banyak kali kita berkata, “Insya-Allah, nanti ada rezeki.” Barangkali inilah masanya untuk menjadikan “nanti” itu “kali ini”. Bersama keluarga, pasangan atau insan tersayang, mulakan langkah menuju Baitullah pada November 2026. Tempat adalah terhad. Tarikh pasti, tempat terhad, tempah sekarang.

Sajian Makanan

Hotel Madinah: Sajian Full Board

Hotel Makkah: Sajian Bed & Breakfast

Bayaran Deposit Tempahan

Bayaran deposit tempahan adalah sebanyak RM1,000 seorang diperlukan bagi tujuan pengesahan penyertaan.

Sahut Panggilan Baitullah Hari ini! Apa yang ditunggu lagi?

Perjalanan ini direka untuk memberikan ruang yang mencukupi kepada jemaah untuk beribadah, berehat dan menikmati pengalaman berada di dua kota suci dengan lebih tenang.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Deposit Tempahan Pakej Best Value November 19/11-30/11 2026
35
JUMLAH

Kupon Diskaun

Masukkan kod kupon di bawah (jika ada) dan tuntut!

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Sila nyatakan pilihan jenis bilik. Pihak kami akan menghubungi tuan/puan sekiranya bilik pilihan tersebut telah penuh.
Contoh: Bilik Double ( Ahmad Dan Ali) Bilik Quad ( Kamsiah, Siti, Aishah dan Rafeah)
Bagi memastikan kelancaran proses penjanaan E-Invois, setiap pembayaran hendaklah dibuat secara berasingan. Pembayaran secara berkumpulan boleh menjejaskan proses pengeluaran E-Invois.

BUTIRAN PESERTA